Saturday, 17 March 2012

Sekelat kelat manis coklat ♥

The past , the past........

 Perasaan benci dan sedih bercampur baur dalam hati Melissa , ingin saja menjerit tapi apakan daya , menjerit belum tentu dapat mengubah hatinya yang lara itu..Kenapa sukar untuk dia melupakan bekas kekasihnya yang telah meninggalkannya..Yang lebih mengecewakan lagi hati Mel , bekas kekasihnya itu sudah berkahwin..Ya Rabbi , Tuhan saja yang tahu betapa hancurnya hati Mel....Mel tak sanggup hanyut dalam kesedihan , kekecewaan lagi , padahal dia sudah redha dan pasrah dengan semua yang terjadi..mungkin ada hikmah sebaliknya..Mel menatap komputer riba yang selalu memberi kenangan manis suatu masa dahulu...tapi dalam tatapan Mel itu , fikiran Mel melayang entah kemana...hanyut dibuai kisah lampau......
   'Tuk tuk tuk' bunyi ketukan pintu bilik Melissa membuatkan dia tersedar daripada lamunannya itu..
   'Err..masuklah' kata Mel lemah,
Pintu bilik Mel dibuka perlahan lahan , tercegat lama ibu Mel , Puan Suffyah di muka pintu..Mel masih dilamun perasaan , dia tidak menghiraukan ibunya yang tercegat di muka pintu..Puan Suffyah menundukkan kepala dan mengagak bahawa puteri kesayangannya itu dibuai kisah lampau lalu dia mengundur selangkah kebelakang dan menutup balik pintu bilik Mel kerana malas menganggu Mel....
 Sejam kemudian,
   'Tett teeett tett' bunyi deringan telefon Mel membuatkan dia terkejut kali kedua..Kerut muka Mel memandang nombor yang tidak dikenalinnya itu..Hairan!..Ingin saja menekan butan 'end call' tapi hatinya bergetar ingin tahu siapakah pemilik nombor itu..Mel mengangkat panggilan itu setelah lama deringan itu berbunyi...
   'Err,Assalamualaikum.' kata pemilik nombor tidak dikenalinya itu..Suara agak kasar menandakan pemilik nombor itu lelaki..
   'Hmm..Waalaikumussalam..who there ?' soal Mel , ingin tahu..
   'Guess who ?' lelaki itu berteka teki dengan Mel membuatkan Mel ingin sahaja meletakkan panggilan itu..
   ' Argh..I'm so serious now..Please be serious!' keras kedengaran marah Mel kerana malas berteka teki..
   'Haha..amboi Mel, awak garang kan ? Tak ubah macam dulu..masih sama , by the way awak betul betul tak kenal suara saya ?' tanya lelaki..Mel terkejut kerana lelaki itu tahu namanya..Mel hairan dan berfikir , siapakah lelaki ni ?
   'Who are you ? Sorry , saya tak kenal suara awak dan mungkin saya tak kenal awak kot , but wait ! How you can know my name ? Or only incidentally ?' tanya Mel bertubi tubi .
   'Banyaknya soalan..nak jawab yang mana satu eh ? Haha..okey bergurau..Saya Harith Hakiem..
you still know me? ' kata lelaki tu sambil bergurau...Mel kaku , terkejut pun ada...Hampir jatuh telefon bimbitnya yang dipegangnya itu..kaku seperti orang koma..Senyap! Harith menunggu jawapan Mel tapi dia tahu Mel pasti terkejut dengan jawapannya...
   'Hello , anybody there ? Mel....Asal senyap ni..?' jerit lelaki itu sehingga Mel terkejut buat kali ketiga..banyak betul Mel terkejut harini....Mel bingung nak berkata apa..Mulutnya menjadi berat untuk berkata kata....tapi terpaksa jugak untuk bercakap..
   'Hmm..awak Arith , asal call Mel ? Mahu apa ? Ada perkara penting ke nak bagitahu ? Atau ada masalah?' tanya Mel bertubi tubi kepadanya..Harith tergelak kecil tapi dalam gelaknya dia tahu Mel agak tidak selesa dengan panggilannya itu , kalau boleh mahu saja putarkan masa lampau tapi ia amat mustahil..Lama Mel menunggu jawapan Harith yang sedang termenung seketika tapi dalam masa yang sama..hati Mel berdebar debar..Tak senang duduk!
   'Errr..saya tahu awak tak senang dengan panggilan saya ni kan? Mel , saya tahu saya pernah buat kesalahan...Semua salah saya! Sumpah saya cakap, saya takde niat langsung nak buat camtu..ni semua salah satu perancangan mummy saya..Sepanjang kehidupan saya, saya hanya merindui dan mencintai awak , Mel..Sukar saya nak lupakan awak..hanya Tuhan saja yang tahu perasaan saya. Saya tahu awak menderita disebabkan masa lampau..Saya mewakili mummy saya...saya ingin minta maaf dan saya jugak nak minta maaf kerana tak mampu pertahankan cinta kita Mel...Saya harap awak dapat maafkan keluarga saya walaupun saya tahu sukar bagi awak nak maafkan kami kan , terutamanya saya kan!?' kata Harith panjang lebar..meluahkan segalanya walaupun masih banyak lagi yang dipendam..Mel kaku mendengar penjelasan Arith..airmata Mel mengalir laju , membasahi pipi gebunya itu..Jelas kedengaran esakan Mel , membuatkan Arith tidak senang dan bimbang..adakah kata katanya menguris perasaan Mel ? Arith mengeluh sendiri...Redha!
.....bersambung